Pharmaniaga Memecut Bak ‘Ferrari’

797

Saham Pharmaniaga Bhd meningkat pada sesi dagangan awal di Bursa Malaysia pagi ini selepas para pelabur memberi tindak balas kepada pengumuman kontrak terkini kerajaan yang diperoleh kumpulan itu semalam.

Bernama melaporkan, pada jam 9.48 pagi, kaunter syarikat tersebut naik sebanyak 10 sen kepada RM5.08 dengan 1.12 juta saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Pharmaniaga berkata, unitnya iaitu Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLS) dijangka membekalkan 12 juta dos vaksin Covid-19 yang dimajukan oleh SINOVAC Life Sciences Co Ltd dari China kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelang April kelak.

Syarikat itu menambah PLS telah mengemukakan permohonan bagi pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 19 Januari lalu.

“Tertakluk kepada kelulusan NPRA, vaksin Covid-19 dijangka dibekalkan kepada KKM menjelang April,” ujar makluman berkenaan.

PLS telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan bagi pembelian dan pengedaran Covid-19 Coronavac, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated untuk dibekalkan ke hospital, klinik dan kemudahan-kemudahan lain di seluruh negara seperti diarahkan oleh KKM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat