Pharmaniaga Tawar Dos Penggalak Vaksin Sinovac Covid-19

839

Syarikat farmaseutikal negara, Pharmaniaga menawarkan vaksin Sinovac Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memenuhi keperluan pengguna yang lebih memilih vaksin jenama tersebut bagi suntikan penggalak mereka.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnian Md Eusope menyatakan syarikat itu dalam peringkat akhir perbincangan bagi mendaftarkan vaksin tersebut sebagai suntikan penggalak dengan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) serta menjangkakan kelulusan dalam tempoh terdekat.

Tambahnya lagi, Pharmaniaga terdahulu telah membekalkan lebih 22 juta dos vaksin Sinovac kepada KKM serta sektor swasta dan terdapat kira-kira 11 juta penerima Sinovac yang memerlukan dos penggalak.

Bulan lepas, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan kementerian telah memutuskan untuk memberi dos penggalak vaksin Covid-19 kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya selepas 3 bulan.

Pada awalnya, penerima dos Sinovac akan diberi suntikan penggalak heterolog vaksin Comirnaty Pfizer secara berperingkat bermula 22 Oktober namun begitu menurut laporan berita dari pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor, Dr Boo Cheng Hau menyatakan hampir 20% daripada penerima Sinovac menolak suntikan penggalak Pfizer kerana mereka lebih memilih vaksin jenama yang sama.

Pharmaniaga menyatakan kajian dunia baru-baru ini yang dibuat di Chile dan ujian immunogenicity di Turki mendapati tiga dos Sinovac adalah lebih baik daripada mencampur vaksin berbeza-beza sebagai penggalak.

Memetik kata Pengarah Kanan Sinovac Oversea Business, Weining Meng, dos pengalak yang diberikan selang 6 hingga 12 bulan selepas dos kedua akan membawa kepada keberkesanan yang lebih baik dalam membina sistem imunisasi tubuh, meneutralkan antibodi yang meningkatkan lebih kira-kira 20 kali ganda pada orang dewasa dan yang berusia 60 tahun keatas.

Saham Pharmaniaga susut 0.5 sen atau 0.06% semasa penutupan hari Jumaat pada 80.5 sen dan mnjadikan jumlah permodalan pasaran RM1.05 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat