Pihak Jerman Menyalahkan ECB yang Menyebabkan Euro Terlalu Rendah

45

Sebelum ini pihak US mengkritik Jerman yang menggunakan matawang ‘Euro yang terkurang nilai’ untuk mengeksploitasi US dan rakan-rakan dagangnya. Penilaian yang rendah kepada Euro memberikan Jerman kelebihan berbanding rakan dagangnya yang lain.

Berikutan itu, Menteri Kewangan Wolfgang Schauble tampil mempertahankan Jerman dan menyalahkan ‘European Central Bank‘ (ECB) yang menyebabkan nilai Euro terlalu rendah. Kenyataan dari Wolfgang ini seakan satu isyarat Jerman tidak selesa dengan polisi ECB yang longgar.

Wolfgang sendiri menyatakan bahawa nilai Euro adalah terlalu rendah dari segi kompetitif perdagangan global.

Euro jatuh ke paras terendah 13 tahun lalu berbanding US dolar pada Disember. Ketika ini Euro dilihat menguat semula, tetapi ia masih di paras rendah jika dibandingkan dengan sejarah nilai matawang ini.

Nilai Euro menyusut dengan mendadak apabila ECB menggunakan polisi monetari yang terlalu longgar berikutan krisis kewangan 2007-2008 dengan kadar asas polisi mencecah nilai negatif, ditambah lagi dengan program kuantitatif monetari. Polisi yang digunakan ini akhirnya telah banyak memperbaiki masalah ekonomi sejak dari tempoh tersebut.

Kadar inflasi juga semakin baik dengan pertumbuhan ekonomi (GDP) berkembang 0.5% bagi tiga suku pertama 2016. Semua ini banyak disokong oleh polisi pelonggaran oleh ECB dan tidak lupa juga perubahan struktur ekonomi setiap negara di Zon-Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat