Pihak Perunding Amerika Syarikat Dijemput Ke Beijing Untuk Rundingan Bersemuka?

168

Pegawai rasmi tertinggi China telah mengundang para perunding Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam rundingan bersemuka yang baru. Perkara ini dilaporkan Wall Street Journal.

Pada minggu lalu, kedua-dua belah pihak telah saling berhubung melalui panggilan telefon, Naib Perdana Menteri Liu He telah dilaporkan menjemput Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin ke Beijing untuk duduk berbincangan bagi rundingan lanjut.

Namun setakat ini belum jelas adakah para perundingan A.S telah menerima undangan Liu. Walaubagaimanapun, laporan Wall Street melaporkan para pegawai perdagangan A.S menyatakan persediaan untuk bertemu dengan pihak China.

Laporan ini dikeluarkan tidak lama selepas ketegangan politik terbaru antara Amerika Syarikat (AS) dan China juga semakin meningkat apabila China melanggar undang-undang yang diluluskan oleh Senat AS. Undang-undang tersebut adalah bertujuan melindungi hak asasi manusia di Hong Kong yang sedang mengalami pergolakan.

Dengan kelulusan Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong, AS akan mengharamkan eksport barangan seperti gas pemedih mata dan peluru getah kepada pasukan polis. Susulan daripada hal ini, Beijing telah menuduh A.S menganggu hal ehwal dalam negeri.

Amerika Syarikat dan China telah saling mengenakan tarif yang bernilai billion dolar bermula tahun 2018, menyebabkan pasaran kewangan dan sektor perniagaan terkesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat