Pilihan Raya Georgia Tentukan Arah Pergerakan EUR/USD Hari Ini

449

Pengukuhan US dolar pada Selasa tidak bertahan lama selepas kembali menyaksikan mata wang tersebut susut semula sehingga penghujung sesi New York.

Memberi kejutan awal buat pelabur di sesi Asia pagi ini, nilai US dolar menjunam mendadak sebelum stabil semula berikutan pasaran memberi reaksi terhadap kiraan undian pilihan raya Georgia yang sedang berlangsung.

Dilaporkan Demokrat dilihat mendahului kiraan undian bagi kedua-dua kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Demokrat akan memberi lebih sokongan terhadap bakal Presiden Joe Biden di Senat nanti.

Pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD, harga kembali pamerkan kenaikan semula ke zon resistance 1.23000 pada sesi New York semalam sebelum perlahan di sekitar zon tersebut sehingga sesi New York berakhir.

Sesi Asia pada pagi ini melihatkan harga melonjak mencatatkan paras ketinggian terbaru sekitar 1.23250 susulan reaksi pasaran dengan kiraan undian pilihan raya Georgia.

Namun harga susut semula di bawah paras 1.23000 dan jangkaan pergerakan harga yang agresif sehingga keputusan undian yang muktamad.

Jika US dolar terus susut selepas ini, harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggi dengan reaksi awal pelabur terhadap jangkaan rangsangan lebih hebat oleh Presiden yang baru untuk membangungkan semula ekonomi Amerika Syarikat.

Harga pada carta EUR/USD bakal bergerak lebih tinggi dengan sasaran harga boleh mencapai sehingga ke paras ketinggian 1.25000.

Namun jika US dolar kembali mengukuh semula dalam pasaran, harga akan ditekan lebih rendah semula ke zon sokongan RBS (resistance become support) sekitar 1.22500.

Penurunan lebih rendah harga akan menuju pula ke zon RBS lebih rendah sekitar 1.21800-1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat