Pilihan Raya Nak Dekat? Sektor Penerbangan Dijangka Raih Manfaat

271

‘Tony Fernandes boleh kaut untung besar lepas ni.’

Maybank Investment Bank Bhd ramalkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) bakal memberi manfaat kepada sektor penerbangan.

Menerusi nota yang diterbitkan Maybank Investment, ketika PRU 13 pada 2013 lalu telah berlaku peningkatan trafik penumpang domestik sebanyak 18% dan 4% untuk PRU 14 semasa 2018.

Atas faktor itu, Maybank Investment meramalkan pilihan raya akan datang boleh memberi manfaat dari segi trafik penumpang untuk jangka masa panjang dan peningkatan tambang udara bagi jangka masa pendek.

Ulasnya bahawa para pengundi yang tinggal di Sabah atau Sarawak dan yang berada di luar negara dijangka kembali ke semenanjung bagi mengundi.

Ia akan menyebabkan peningkatan tambang udara namun perkara tersebut mungkin tidak berkekal lama.

Selain itu, Maybank Investment turut meramalkan Capital A yang akan menerima lebih manfaat daripada PRU 15 berbanding Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Sungguhpun begitu, berita tentang ketidakbubaran DUN negeri di bawah Pakatan Harapan dan PAS mungkin memberi kesan kepada trafik penumpang untuk pilihan raya akan datang.

Namun, Maybank Investment dilihat masih mengekalkan panggilan ‘buy’ dengan sasaran harga RM7.25 untuk MAHB dan 84 sen bagi Capital A.

Setakat penulisan ini saham Capital A diniagakan rendah 0.81% pada 62 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM2.54 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat