Pilihan Raya Presiden Bukan Halangan – UK Tekad Mementerai Perjanjian Dengan US!

188

Menteri Perdagangan Liz Truss melaporkan pada hari ini bahawa UK ingin mencapai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat pada pertengahan tahun hadapan. Walaubagaimanapun tarikh tersebut bukanlah tarikh akhir yang pasti.

Dalam sebuah kenyataan, Truss menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak telah menyenaraikan rincian-rincian untuk perjanjian perdagangan. Rincian tersebut akan digunakan sebagai asas dalam rundingan kesepakatan antara US dan UK.

Sebelum ini, calon utama pilihan raya Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah memberi amaran kepada UK supaya ia perlu menghormati perjanjian dengan Ireland Utara setelah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), atau tiada perjanjian perdagangan antara AS-UK akan dibuat.

Namun menurut Truss, walaupun tarikh tersebut ditetapkan pada tahun hadapan, namun pihak pentadbiran UK tekad untuk membuat sebanyak mungkin kemajuan sebelum pilihan raya AS agar UK dapat merealisasikan manfaat secepat mungkin. Dalam masa yang sama US Trade Promotion Authority (TPA) dijangka akan berakhir pada pertengahan tahun, justeru adalah penting untuk mencapai kesepakatan sebelum tarikh tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat