Pilihan Raya UK : Kerajaan Tangguh Pelantikan Gabenor Baru BoE

237

Kerajaan Britain dilaporkan tidak akan mengumumkan pelantikan gabenor Bank of England (BoE) baru yang akan menggantikan Mark Carney sebelum pilihan raya umum pada 12 Disember ini diadakan.

Dengan berbaki beberapa hari lagi sebelum parlimen dibubarkan, Menteri Kewangan UK Sajid Javid telah menangguhkan rancangan untuk mengumumkan pilihan beliau untuk mengisi tempat di BOE.

Kerajaan merasakan ia bukan masa yang sesuai untuk menamakan pengganti salah satu jawatan ekonomi paling penting di UK sebelum keputusan pilihan raya diumumkan kerana perubahan kerajaan pada Disember ini akan menyaksikan perubahan dalam kementerian kewangan iaitu orang yang bertanggungjawab dalam mengesyorkan pemilihan gabenor.

Setakat ini, tiada rancangan untuk meminta Mark Carney kekal sebagai gabenor kerana beliau sudah dua kali melanjutkan tempohnya sebelum ini. Carney dijadualkan meninggalkan jawatannya pada 31 Januari 2020 yang juga merupakan tarikh akhir untuk Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut laporan daripada BBC, difahamkan bahawa Minouche Shafik yang pernah berkhidmat sebagai timbalan gabenor bank merupakan calon utama yang berpotensi untuk menggantikan Carney.

Persoalan yang paling penting adalah sama ada gabenor baru yang berpotensi mengambil alih jawatan itu dilihat sebagai seorang yang bernada ‘hawkish’ atau ‘dovish’.

Hawkish, seseorang yang akan meningkatkan kadar faedah yang mendorong kepada inflasi dengan meningkatkan kos pinjaman untuk menggalakkan pinjaman dan perbelanjaan.

Sementara itu, dovish pula seseorang yang lebih suka menunggu dan melihat sama ada pinjaman yang rendah akan membawa kepada hutang sebelum meningkatkan kadar di mana pengguna dan pembeli rumah boleh membuat pinjaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat