Pinjaman Pengguna UK Mencatat Pertumbuhan Terendah – GBP Terus Susut!

354

Pasaran rumah UK kelihatan mendapat manfaat daripada kebimbangan Brexit bulan lepas berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank of England (BoE) pada hari ini. Walaubagaimanapun, pertumbuhan pinjaman pengguna menujukkan prestasi terlemah sepanjang 5 tahun.

Kebimbangan terhadap Brexit telah mempengaruhi harga perumahan di London dan di selatan England terutamanya. Berdasarkan data yang dikeluarkan BoE, bilangan kontrak gadai janji untuk pembelian rumah telah meningkat kepada 66,440 unit pada bulan Jun daripada 65,647 unit pada bulan Mei.

Pinjaman perumahan juga menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan iaitu $4.6 billion pada bulan Jun.

Menurut pakar ekonomi, Howard Archer jika UK berundur daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian pada Oktober 31, Jabatan Perdana Menteri Boris Johnson sedang menyiapkan polisi bagi menangani pasaran hartanah dan ini dijangka akan membawa kepada kejatuhan harga perumahan sebanyak 5%.

Disisi lain, sebelum ini perbelanjaan pengguna telah membantu mendorong pertumbuhan ekonomi sejak Brexit. Namun sejak akhir-akhir ini ia telah kehilangan momentum.

Setakat ini, matawang pound didagangkan paras terendah 3 tahun iaitu pada 1.2254 berbanding US dolar setakat jam 9.45 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat