Pintu Mencapai Kesepakatan Brexit Masih Terbuka Luas!

170

UK dan Kesatuan Eropah dilaporkan pada hari Isnin bahawa pintu untuk mencapai kesepakatan masih terbuka dengan kedua-dua belah pihak telah menyatakan tekad untuk berkompromi mencari jalan untuk menjalin kerjasama dalam perdagangan antara negara jiran yang berjumlah berbilion dolar.

Terkini hanya berbaki lebih dari dua bulan sebelum UK menamatkan pengaturan peralihan status quo dengan EU. Kedua-duan pihak masih berhadapan dengan kebuntuan untuk mencapai kata sepakat dalam perjanjian perdagangan.

Perkembangan perjanjian Brexit sejak akhir-akhir ini kerap bertukar-tukar dalam masa yang singkat. Jangkaan untuk rundingan mencapai persetujuan pada awalnya kemudiannya bertukar negatif apabila terdapat isyarat Perdana Menteri UK Boris Johnson memberi isyarat untuk pilihan ‘no-deal’ Brexit pada minggu lepas.

Pintu rundingan perdagangan pasca-Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) masih terbuka, hanya sekiranya fokus kepada perkara-perkara yang mustahak. Atas dasar itu, Menteri Kabinet Britain, Michael Gove, EU perlu mempercepatkan rundingan dan menawarkan terma-terma yang lebih baik.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Maros Sefcovic pada hari ini menekankan kenyataan bahawa EU masih mahukan perjanjian perdagangan dengan UK namun ia mestilah adil. Dalam masa yang sama Kesatuan Eropah bersedia untuk berusaha ke minit terakhir sehinggalah kesepakatan yang adil dapat dicapai.

Situasi ‘no-deal’ dapat memberi impak terhadap ekonomi UK dengan memberi kerosakan terhadap hampir setiap sektor ekonomi seperti impak yang ditinggalkan oleh penularan wabak Covid-19.

Matawang GBP menunjukkan pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.68% ke paras tukaran 1.3001 setakat jam 9.30 p.m

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat