‘Pintu Neraka’ SHIB Berkobar Hingga 1,500%, Harga Bakal Bersinar?

276

“Dah lama sangat harga SHIB dekat bawah, harapnya lepas ni naik la.”

Sejurus selepas melakukannya secara besar-besaran, kadar pembakaran Shiba Inu (SHIB) melonjak hampir 1,500% dalam tempoh 24 jam lalu apabila komuniti memanfaatkan musim memecoin untuk meningkatkan bilangan pengguna yang memegang aset digital itu.

Walaupun sebanyak 2.9 bilion SHIB telah dibakar oleh komunitinya pada minggu ini, harganya tetap tidak menunjukkan sebarang kenaikan ketara susulan memecoin lain berjaya mencatatkan volum dagangan tertinggi.

Meskipun begitu, kebanyakan pelabur sungguh yakin bahawa harga SHIB berpotensi untuk bangkit semula dalam masa terdekat ini berikutan 231 juta memecoin tersebut telah dibakar dalam lapan transaksi.

Umum mengetahui sebahagian besar pembakaran telah disumbangkan oleh dua wallet, di mana wallet SHIB yang dominan membakar 200 juta memecoin itu manakala satu lagi 16 juta dan bekalan edaran kini berkurangan pada 574.86 trilion tetapi masih lagi tinggi.

Sementara Shibburn yang bakal melancarkan laman web pada bulan Jun 2023 untuk meningkatkan kadar pembakaran turut membenarkan para pengguna memperoleh memecoin tersebut melalui program affiliate dan sistem pengiklanan Web3.

Pembangun utama Shytoshi Kusama dan pentadbir kumpulan telegram Shibarium pula didapati berhasrat melancarkan mainnet Shibarium pada bulan Ogos 2023.

Sebagai rekod, pergerakan SHIB secara berterusan mendatar apabila harganya tergelincir lebih 15% pada bulan Mei ini semasa para pelabur berpusu-pusu membeli memecoin lain seperti PEPE yang semakin raih populariti.

Sehingga berita ini ditulis, harga SHIB menjunam sebanyak 0.20% pada paras $0.0000087 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $5 bilion namun tetap mencatatkan kenaikan 2.33% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat