PKP Boleh Dilanjut Sehingga 50 Hari

1,382

Public Investment Bank Bhd (PIVB) telah mengekalkan unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 sebanyak 6.2% walaupun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilanjutkan lagi.

Lapor Bernama memetik bank pelaburan itu sebagai berkata, kesan ekonomi daripada PKP 2.0 telah banyak ditangani berikutan suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM6 bilion.

Menurut PIVB menerusi notanya hari ini, suntikan fiskal RM6 bilion itu akan menghasilkan kesan pengganda sebanyak RM30 bilion kepada ekonomi berbanding kerugian ekonomi RM22.2 bilion sepanjang 37 hari PKP 2.0 berdasarkan kerugian ekonomi RM600 juta sehari.

“Malah, kesan daripada suntikan fiskal mungkin lebih tinggi sekiranya kecenderungan penggunaan (MPC) melonjak kepada 0.9 kali (kesan penggandaan 10 kali). Ini mungkin boleh berlaku sekiranya dilihat pada kadar pengangguran yang tinggi masa ini (November 2020: 4.8%) dan mampu mendorong desakan yang besar untuk berbelanja terutama bagi barang dan perkhidmatan penting,” ujarnya.

Dengan mengandaikan kesan pengganda daripada MPC sebanyak lima kali, PIVB berkata, PKP 2.0 boleh dilanjutkan sehingga 50 hari tanpa memberi kesan buruk kepada ekonomi, walaupun ekonomi dapat pulih lebih tinggi dengan pembukaan penuh berbanding penutupan sebahagian operasi.

“Prognosis positif ini menyokong prospek KDNK kita yang tetap tidak berubah pada 6.2 peratus untuk tahun 2021, yang konsisten dengan tinjauan prospek ekonomi yang stabil oleh Kementerian Kewangan,” jelas PIVB.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan PKP 2.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Feb ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat