Platform FTX Beroperasi Tanpa Kebenaran, Pengawal Selia UK Lontar Amaran

134

Financial Conduct Authority (FCA) sebagai ketua pengawal selia kewangan di United Kingdom (UK), mengeluarkan amaran kepada platform pertukaran kripto FTX berpangkalan di Bahama yang menjalankan operasi tanpa kebenaran.

Dijelaskan, firma tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan atau produk kewangan di UK tanpa kebenaran, malah pelanggan tidak akan mendapat semula wangnya atau mendapatkan perlindungan Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan.

Menjelang akhir bulan Ogos, 37 firma termasuk Crypto.com telah berdaftar dengan FCA, manakala firma lain yang mencapai kelulusan Peraturan Pengubahan Wang Haram ialah eToro UK, DRW Global Markets LTD, Zodia Markets (UK) Limited, Uphold Europe Limited, Rubicon Digital UK Limited dan Wintermute Trading LTD.

Secara konteks, peraturan tersebut membolehkan FCA menyelia perniagaan yang beroperasi di negara lain serta menguatkuasakan peraturan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Pengganas.

Ekoran itu, sesebuah firma yang ingin mendapatkan kelulusan pendaftaran haruslah memenuhi piawaian minimum dan tidak mempunyai jenayah kewangan.

Misalnya, ePayments, penyedia pembayaran elektronik terbesar di UK, menutup operasi perniagaannya selepas didakwa mempunyai kelemahan kawalan jenayah kewangan oleh FCA.

Dalam pada itu, Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) pernah mengeluarkan surat pemberhentian operasi terhadap FTX kerana mengelirukan ramai pihak tentang mata wang kripto tertentu yang diinsuranskan oleh FDIC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat