Platform Sumber Terbuka ONT Yang Berprestasi Tinggi

112

Ontologi ditubuhkan oleh Li Jun dan telah mendapat sokongan teknikal daripada beberapa anggota pasukan pembangun Onchain semasa pengembangan awal platform.

Penubuhan Ontologi dianggap sebagai blockchain sumber terbuka berprestasi tinggi yang mana lebih mengkhususkan kepada identiti dan data digital desentralisasi.

Infrastruktur unik yang terdapat pada Ontologi dapat menyokong kerjasama cross-chain dan skalabiliti Layer-2 serta menawarkan fleksibiliti untuk perniagaan dari semua saiz untuk memasang teknologi blockchain dalam syarikat mereka.

Pada Jun 2018, Ontologi telah melancarkan mainnet mereka dan kini beroperasi secara berasingan dari blockchain NEO.

Menilai kepada carta ONT/USDT, pergerakan harga ONT pernah mempamerkan lonjakan melebihi 500% untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga sekitar $2.95 pada 7 Mei 2021.

Namun menyambung ke pembukaan pasaran pada 8 Mei, harga ONT terus mengalami penyusutan sehingga mencapai paras sokongan terendah sejak 5 bulan sekitar $0.55-$0.60.

Pergerakan harga ONT juga kekal bergerak perlahan di atas paras sokongan $0.55-$0.60 dan masih lagi tidak menunjukkan sebarang corak yang jelas bagi arah pergerakan seterusnya menjelang penutup pasaran Jun.

Sekiranya pergerakan harga tergus kekal dengan trend bearish, paras sokongan $0.55-$0.60 dilihat bakal menjadi paras tumpuan untuk ditembusi sebelum meneruskan rentak penurunan.

Penurunan yang lebih rendah dijangka bakal menuju ke paras rintangan sekitar $0.40 yang juga merupakan paras harga ketika pembukaan pasaran 2021.

Sebaliknya jika pergerakan harga ONT berjaya kembali membuat trend kenaikan, paras SBR (support become resistance) $0.80-$0.85 bakal diuji terlebih dahulu sebelum harga dijangka bakal melonjak lebih tinggi.

Jika harga ONT terus memperoleh pengukuhan, paras SBR seterusnya sekitar $1.10 bakal dituju dan secara tidak langsung bakal memberi isyarat yang kukuh untuk membuat perubahan trend.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga ONT membuat sedikit lonjakan sekitar 3% untuk diperdagangkan di paras harga $0.64.

Lihat gambar carta matawang kripto ONT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat