PM Boris Johnson Panggil Semula Ahli Parlimen Yang Disingkirkannya?

297

Ahli parlimen UK akhirnya telah menerima rancangan PM UK Boris Johnson untuk mengadakan pilihan raya pada 12 Disember ini. Undang-undang tersebut akan diserahkan kepada pihak atasan dalam parlimen (House of Lords) untuk dipertimbangkan.

Keputusan undian memihak kepada PM Johnson dengan majoriti 438-20 selepas Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn menyatakan sokongan partinya untuk mengadakan pilihan raya.

Selain itu, Parti Demokrat Liberal dan Parti Kebangsaan Scotland pula tidak mengambil bahagian dalam pengundian berikutan tarikh yang dipilih oleh mereka pada 9 Disember ditolak oleh parlimen.

Parlimen akan dibubarkan pada Rabu depan untuk mengadakan kempen yang singkat selama lima minggu jika undang-undang PM Johnson diluluskan oleh House of Lords.

Pilihan raya ini dilihat akan menjadi platform yang baik untuk Corbyn menendang keluar parti Konservatif Johnson sebagai pemerintah, manakala pemimpin Parti Demokrat Liberal, Jo Swinson mengatakan pilihan raya ini merupakan peluang baik untuk memilih kerajaan bagi menghentikan Brexit.

Dalam kenyataannya di Dewan Rakyat, PM Johnson berhujah bahawa parlimen baru adalah perlu untuk merealisasikan Brexit.

Sebagai usaha untuk menyatukan partinya, PM Johnson memutuskan untuk mengembalikan semula 10 daripada 21 ahli parlimen yang dipecatnya bulan lalu kerana menentang pelan Brexit beliau.

Terdahulu, 21 ahli parlimen dipecat pada bulan lalu selepas mereka mengundi untuk menyokong rang undang-undang yang cuba menghalang no-deal Brexit.

Sementara itu, Presiden Majlis Eropah Donald Tusk turut memberi amaran bahawa pelanjutan tarikh Brexit yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin EU27 mungkin yang terakhir dan UK perlu melakukan yang terbaik untuk mendapatkan Brexit sebelum tarikh yang diberikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat