PM Boris Johnson Tidak Berhasrat Untuk Berunding Semula Bersama Kesatuan Eropah

341

Perkembangan terhadap rundingan Brexit mula pudar setelah tumpuan pasaran terkini lebih terarah pada isu perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dicetuskan oleh pengumuman tambahan tarif oleh Presiden Donald Trump terhadap barangan import China.

Dagangan Pound Sterling bergerak mendatar berbanding dolar AS sejak minggu lalu bersambung pada permulaan pasaran minggu ini.

Menurut laporan terbaru, pegawai diplomatik Kesatuan Eropah telah diberitahu bahawa Perdana Menteri UK yang baru, Boris Johnson tidak berhasrat untuk merundingkan semula perjanjian pengunduran Britain dan situasi Brexit tanpa ikatan perjanjian berkemungkinan menjadi senario pilihan utama beliau.

Situasi tersebut semakin jelas apabila disokong oleh pertemuan Penasihat Eropah Boris Johnson iaitu David Frost di Brussels untuk menyampaikan mesej bahawa Britain tetap bertekad untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober nanti.

Susulan laporan, pegawai diplomat Kesatuan Eropah menyatakan pendapat berhubung perkara tersebut dengan menyatakan ia adalah jelas menunjukkan UK mempunyai perancangan lain yang tersendiri. Tiada hasrat untuk berunding bermakna UK memerlukan rancangan lain.

Perkara ini tidak memberikan perbezaan yang begitu ketara disebabkan jika rundingan diadakan semula sekalipun, perjanjian tetap sukar untuk dicapai bagi kedua-dua pihak memandangkan ketidaksanggupan untuk persetujuan syarat-syarat penting Brexit terutamanya isu kawalan sempadan.

Ini sekali lagi meningkatkan prospek situasi Brexit tanpa perjanjian selain kebarangkalian untuk pilihanraya umum untuk diadakan semula menjelang perayaan Halloween yang semakin hampir sebagai tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober 2019.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat