PM Jepun Sanggup Buat Apa Saja Demi Sukan Olimpik 2021!

224

Umum mengetahui bahawa sukan olimpik adalah acara sukan yang dinanti-nantikan dalam tempoh setiap 4 tahun. Menjelang 2010, Sukan Olimpik telah pun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. Manakala pada 2012, London telah menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak empat kali. Pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa tuan rumah bagi sukan tersebut pada kali ini, adalah Jepun.

Namun, ramai yang mempersoalkan tentang keberlangsungan sukan berkenaan disebabkan oleh penularan Covid-19 di seluruh dunia. Jangan risau, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga berjanji pada hari ini untuk melakukan apa sahaja untuk menganjurkan Olimpik Tokyo pada tahun depan dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Menurut perdana menteri tersebut, beliau bahawa acara sukan Olimpik tetap akan berlangsung pada tahun depan.

Selain itu, beliau turut mendedahkan tentang kunjungannya ke Vietnam dan Indonesia yang dijadualkan pada hari Ahad, dengan mengatakan bahawa Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka adalah penting bagi kestabilan di rantau itu. Untuk pengetahuan semua, kunjungan tersebut merupakan lawatan kali pertama beliau ke luar negara sebagai perdana menteri.

Seterusnya, beliau akan terus menjalankan langkah-langkah terbaik untuk mengendalikan penularan coronavirus dan memulihkan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat