PM Johnson Tolak Tuntutan EU Berhubung Peraturan Hak Pekerja Dan Cukai Selepas Brexit!

320

Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan telah menolak tuntutan oleh Suruhanjaya Eropah supaya UK mematuhi peraturan Kesatuan Eropah (EU) mengenai hak pekerja dan cukai selepas Brexit.

Memetik laporan The Telegraph pada Ahad, Downing Street UK difahamkan telah membantah draf mandat rundingan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Eropah kepada pemimpin EU baru-baru ini, dengan menyatakannya sebagai tuntutan yang tidak masuk akal.

Berdasarkan draf yang dikemukakan, EU menuntut supaya perjanjiannya dengan UK menepati piawaian yang tinggi dalam bidang bantuan kerajaan, persaingan, perusahaan milik negara, piawaian sosial dan pekerjaan, piawaian alam sekitar, perubahan iklim, dan perkara-perkara berkaitan cukai.

Ia dikatakan bertujuan untuk mengelakkan ketidakseimbangan dalam perdagangan dan kelebihan persaingan yang tidak adil.

Pendedahan itu dilakukan selepas penasihat PM Johnson iaitu David Frost, mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai British pada minggu lepas untuk memuktamadkan kedudukan rundingan UK dalam perbincangan perdagangan dengan EU.

Perunding perdagangan Britain dikatakan tetap dengan pendirian mereka bahawa UK perlu diberikan perjanjian sama seperti perjanjian EU bersama rakan dagangnya iaitu Kanada, Korea dan Jepun yang dikatakan mempunyai syarat yang kurang ketat.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian memberi amaran bahawa Britain dan EU akan menghadapi pertembungan yang sengit ketika kedua-dua pihak sedang berusaha untuk berunding mengenai hubungan masa depan mereka.

Le Drian yang bercakap di forum keselamatan Munich berkata, Britain akan berdepan dengan kesukaran untuk mencapai matlamat perjanjian perdagangan bebas menjelang akhir tahun ini memandangkan terdapat perbezaan dalam pelbagai isu antara kedua-dua pihak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat