PM Liz Truss Letak Jawatan, Ini Kesan Terhadap Carta GBP/USD

343

Berita peletakan jawatan Perdana Menteri UK, Liz Truss semalam teras mengundang reaksi bercampur dalam pasaran dengan ketidaktentuan yang terus melanda ekonomi negara tersebut.

Selepas Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng dipecat, Liz Truss pula berundur diri menjadikan beliau Perdana Menteri dengan tempoh perkhidmatan terpendek dalam sejarah Britain.

Namun, Pound Sterling mencatatkan pengukuhan ketika berita tersebut susulan pelabur menilai kecelaruan sistem kewangan di UK bakal mereda dengan pengunduran Liz Truss itu.

Justeru, Pound telah melonjak kukuh berbanding US dolar namun momentum gagal dikekalkan sebelum pengukuhan semula US dolar menuju penghujung sesi New York kembali memberi tekanan semula kepada Pound.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD membuat lonjakan dari zon 1.12000 mencapai ketinggian sekitar 1.13300 sebelum harga menjunam semula ke zon 1.12000.

Harga berlegar perlahan pada zon 1.12000 sehingga bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat), namun terdapat isyarat bearish semula selepas harga susut di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sekiranya penurunan harga diteruskan pada dagangan sesi-sesi akhir minggu ini, paras 1.11000 dilihat akan menjadi tumpuan awal yang bakal diuji.

Mencatatkan paras terendah minggu ini, penurunan harga jika melepasi 1.11000 akan disasarkan untuk menuju pula sehingga zon 1.09000.

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat lonjakan dari paras 1.12000, rintangan awal yang dilihat akan diuji adalah pada 1.13000.

Melepasi halangan MA50 juga akan memberi isyarat perubahan trend bullish sebelum kenaikan yang diteruskan berpotensi mencapai zon rintangan yang diuji di awal Oktober lalu pada sekitar 1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat