PM May Berjaya Menangi Undian “Vote of Confidence” di Parlimen

878

Data harga import barang di Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam dilihat masih berada di paras yang rendah sejak Disember lalu berikutan terkesan oleh faktor kos produk petroleum yang terjejas dan juga nilai USD yang tinggi turut memberi kesan terhadap harga barangan sekaligus menjurus kepada kejatuhan terbesar untuk unjuran tahun ke tahun dalam tempoh lebih dua tahun. Laporan daripada Jabatan Buruh pada Rabu berkenaan pengeluaran yang perlahan serta data harga pengguna telah menguatkan lagi jangkaan pelabur terhadap kesukaran bank pusat FED untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat ini.

Namun, matawang dollar USD pada dagangan Khamis masih dilihat stabil berbanding matawang utama lain khususnya EURO. USD berjaya mengambil kesempatan untuk mengukuh berbanding EURO berikutan kebimbangan pasaran terhadap ekonomi semasa pada zon Eropah. Data ekonomi di Jerman sebagai ekonomi terbesar pada zon Eropah dilaporkan sedang bergelut untuk keluar daripada risiko kea rah kegawatan ekonomi dan kenyataan terbaru oleh Gabenor European Central Bank (ECB), Mario Draghi pada Selasa, perkembangan ekonomi pada zon Eropah bergerak lebih lemah daripada jangkaan.

Antara isu lain yang mencuri tumpuan pelabur adalah laporan pada Wall Strees Journal bahawa pendakwa raya Perseketuan Amerika Syarikat sedang menyiasat berkenaan kes Huawei Technologies yang dikatakan telah mencuri rahsia perdagangan dari perniagaan Amerika Syarikat dan akan mengeluarkan dakwaan tidak lama lagi. Wakil perdagangan AS, Lighthizer yang melihat tiada sebarang perkembangan pada rundingan dagang baru-baru ini akan kembali mempengaruhi sentimen dalam pasaran semasa.

Matawang Sterling didagangkan stabil pada dagangan Rabu sehingga awal sesi Asia hari ini setelah keputusan undian Brexit diumumkan awal pagi semalam yang menyaksikan PM May telah kalah undian majoriti terhadap pelan perjanjian Brexit beliau. Gabenor Bank of England, Mark Carney menyifatkan kenaikan pada nilai dagangan Sterling selepas kekalahan PM May pada undian Parlimen adalah disebabkan pelabur yang merasakan risiko terhadap no-deal Brexit sebelum ini telah hilang, ataupun proses pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah akan dilanjutkan.

Terbaru, PM May dilaporkan telah memenangi undian-keyakinan (vote of confidence) di Parlimen di mana beliau telah mendapat sokongan undian daripada Parti Konservatif beliau serta Parti Kesatuan Demokrasi (DUP). Dengan itu akan mendorong dagangan Sterling untuk kekal stabil dalam masa terdekat ini.

Diteliti pada data ekonomi pula, indeks harga pengguna di Britain yang dikeluarkan petang semalam menunjukkan bacaan angka yang menurun daripada bacaan sebelum ini seperti yang telah dijangkakan pasaran. Tumpuan akan terarah kepada data jualan runcit di Britain yang akan dikeluarkan pada jam 5.30 petang Jumaat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat