PM May Kalah Majoriti Undian Brexit, Namun Sterling Melonjak

3,228

202 bersetuju, 432 tidak bersetuju. Itu adalah keputusan undian akhir Brexit yang dinantikan seluruh pelabur seluruh dunia yang merekodkan antara kekalahan terburuk dalam sejarah kerajaan Britain. Perdana Menteri Britain, Theresa May gagal mendapat sokongan pada undian di Dewan Parlimen semalam dengan majoriti perbezaan undian sebanyak 230 undian tidak bersetuju terhadap pelan perjanjian Brexit beliau. Beberapa jam sebelum undian tersebut bermula, jangkaan kuat terhadap kekalahan PM May oleh pasaran telah membuatkan nilai matawang Sterling terus mengalami kejatuhan sehinggalah keputusan undian diumumkan. Namun, setelah keputusan diketahui dan sememangnya undian tidak memihak kepada PM May, nilai matawang Sterling mula melonjak semula. Ini memberi tanda tanya terhadap pelabur terhadap pergerakan pada nilai Sterling yang sepatutnya melemah.

Matawang Sterling telah mengalami kejatuhan sebelum keputusan undian diumumkan lagi. Setelah kepastian terhadap keputusan tersebut terjawab, penganalisis berpendapat para pelabur terus mengambil dahulu keuntungan terhadap posisi jualan dagangan Sterling. Kenaikan pada nilai Sterling juga adalah didorong oleh harapan terhadap Kesatuan Eropah untuk merundingkan semula perjanjian tersebut. Sebelum ini juga, Kesatuan Eropah dilaporkan bersedia untuk memberi penangguhan Brexit sehingga Julai di mana akan dilanjutkan tempoh masa sekitar tiga hingga empat bulan dari tarikh asal iaitu pada 29 Mac yang ditetapkan sebelum ini dan akan kembali memberi peluang terhadap PM May untuk membuat persiapan. Persediaan di Brussels dan juga penetapan tarikh baru tersebut akan kembali meningkatkan nilai Sterling. Penangguhan tempoh masa akan memberi peluang kepada rundingan semula walaupun Kesatuan Eropah telah menolak pelan perjanjian Brexit. Antara pilihan lain adalah referendum kedua atau pun pilihanaraya baru. Namun begitu, dagangan Sterling dalam jangka masa terdekat ini dijangka akan terus bergelora dan pelabur akan berwaspada terhadap pergerakan volatile harga.

Dalam perkembangan lain, selain terkesan daripada isu penolakan perjanjian Brexit PM May, dagangan EURO turut mendapat tekanan oleh laporan kerajaan Jerman yang menyatakan pertumbuhan ekonomi menguncup pada kadar 1.5% pada tahun 2018. Angka tersebut menunjukkan kadar terendah pada pertumbuhan GDP untuk ekonomi terbesar zon Eropah itu dalam tempoh lima tahun. Penganalisis menyatakan pendapat bahawa dengan gambaran ekonomi Jerman yang berdepan tekanan, akan menambahkan lagi keraguan untuk bank pusat European Central Bank (ECB) unutk menaikkan kadar faedah pada tahun 2019.

Sementara itu, nilai matawang dollar USD masih dilihat bergerak stabil walaupun Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan harga pengeluar jatuh untuk bulan Disember paling rendah dalam tempoh dua tahun dan memberi isyarat terhadap kebimbangan pada kadar inflasi di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat