PM Muhyiddin Mahu Berdamai Dengan Tun M?

534

Sebelum ini, kita digemparkan dengan kemelut politik yang tercetus sehingga Tun Dr Mahathir bertindak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Bukan itu sahaja! Beliau turut mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat.

Setelah 10 hari dituduh sedemikian, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia yang baru mendedahkan bahawa beliau telah memohon maaf kepada bekas perdana menteri itu melalui perutusan surat.

Melalui surat tersebut, beliau mendoakan Tun M dan keluarganya sentiada berada dalam keadaan sihat. Seterusnya, beliau memohon maaf jika tingkah lakunya sebelum ini telah mengguris hati Tun M.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin juga mengemukakan hasratnya untuk bertemu dengan Tun M. Tambahan daripada itu, beliau mahu Tun M menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang baru. Menurutnya, kerajaan tersebut dibentuk untuk rakyat sesuai bertepatan dengan undang-undang dan perlembagaan.

Di samping itu, Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 itu mengucapkan terima kasih atas komen yang dikemukakan oleh Tun M pada Rabu lalu yang seolah-olah mengakui kekuatan kerajaan baru Tan Sri Muhyiddin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat