PM Muhyiddin Pertimbang Untuk Kembalikan Semula Cukai GST

1,001

Seperti yang diketahui, kerajaan terdahulu iaitu Pakatan Harapan telah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Namun begitu, pelaksanaan cukai tersebut telah menerima reaksi yang pelbagai dari rakyat Malaysia dan kebanyakkannya berbentuk kritikan dan tentangan hebat kerana didakwa tidak menurunkan harga barangan asas serta meningkatkan kos hidup rakyat.

Meskipun begitu, para pemimpin PH tetap mempertahankan SST dan tidak menghiraukan keluhan yang dikemukakan oleh rakyat.

Sebelum itu juga, cukai GST yang diperkenalkan ketika pemerintahan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak turut menimbulkan pelbagai kecaman banyak pihak.

Kini, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk mempertimbangkan semula GST serta bakal mengkaji semua sistem cukai sebagai salah satu langkah kerajaan baru untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Setelah mempengerusikan mesyuarat kabinetnya, beliau bertekad untuk membelanjakan keseluruhan sumber yang ada bagi memulihkan ekonomi Malaysia yang terjejas akibat COVID-19.

Oleh itu, Majlis Tindakan Ekonomi telah ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari penyelesaian jangka masa pendek.

Majlis tersebut dikatakan terdiri daripada pegawai dan teknokrat kanan serta bakal mengadakan perjumpaan secara mingguan dan memberikan khidmat nasihat kepada Kabinet.

Di samping itu, beliau menegaskan kepada anggota kabinet bahawa masing-masing mempunyai komitmen kepada rakyat. Oleh yang demikian, mereka perlu sentiasa cakna tentang keinginan dan keperluan rakyat serta mencari solusi kepada setiap masalah dengan segera.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat