PM Muhyiddin Umum Bantuan PERMAI

907

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) melibatkan peruntukan sebanyak RM15 bilion.

Di bawah pakej berkenaan, sebanyak 22 inisiatif diperkenalkan yang berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Menurut Muhyiddin menerusi perutusan khasnya sebentar tadi, program vaksinasi negara sedang berjalan lancar dan kerajaan telah menandatangani perjanjian bersama tiga syarikat pengeluar vaksin.

Ujar beliau, bekalan vaksin pertama akan diterima pada penghujung Februari dan kumpulan pertama yang bakal menerima vaksin dijangka pada awal Mac.

Dalam pada itu, rakyat juga menerima khabar gembira apabila bank-bank bersedia untuk melanjutkan bantuan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman.

Jelas Muhyiddin, sebanyak 15 bank telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu mangsa banjir dan golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Selain itu, Muhyiddin juga telah meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mempercepatkan proses pembayaran wang pendahuluan sehingga RM1000 untuk pemohon kategori 2 mulai 26 Januari.

Pakej data Internet sebanyak 1GB turut dilanjutkan sehingga 30 April. Di samping itu, pakej telekomunikasi khas untuk para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan institut pengajian tinggi juga dilanjutkan sehingga April.

Berita baik juga buat para peminjam PTPTN, apabila Muhyiddin mengumumkan moratorium lanjutan selama tiga bulan.

Kerajaan turut mengumumkan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat