PM Najib Bakal Bertemu Trump Bulan Depan Di White House

107

New Straits Times hari ini melaporkan, perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan dan pertemuan dengan Presiden US, Donald Trump pada 12 September di White House. Perdana menteri dijadualkan bertemu beberapa ahli politik kanan daripada kedua-dua parti politik di US semasa lawatan ke Washington.

Jurucakap White House berkata Trump mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke sana bagi menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala US-Malaysia dan berharap dapat membincangkan bagaimana untuk mengukuhkan dan meluaskan lagi hubungan dua hala serta meluaskan kerjasama serantau dengan mejadi rakan kongsi US paling rapat di Asia Tenggara.

Namun begitu, timbul pelbagai spekulasi apabila melihat hubungan Malaysia-AS mula merosot sejak tahun lepas berikutan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) telah memfailkan saman terhadap syarikat 1MDB sehingga berjaya merampas aset bernilai $1 billion USD. Persoalan ditimbulkan oleh sebahagian pihak adakah pertemuan Najib ini bertujuan menghalang dan meredakan dakwaan ke atas syarikat tersebut.

Oleh itu, lawatan Najib ke Amerika Syarikat akan mendapat perhatian ramai penganalisis kewangan mahupun politik untuk melihat langkah yang akan diambil oleh beliau bagi menyelesaikan isu antara 1MDB dan DoJ.

Hubungan kedua-dua negara telah mula berkembang baik di bawah pentadbiran bekas presiden Barack Obama sehingga beliau menjadi presiden US yang pertama melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun pada 2014. Hubungan tersebut diusahakan oleh Amerika Syarikat kerana melihat Malaysia sebagai rakan penting untuk menyekat isu tuntuan wilayah yang meluas oleh China di kawasan Asia Timur. Apabila Malaysia dilihat cuba mengeratkan hubungannya dengan China, mungkin hal ini menjadi satu isu yang besar ke atas Amerika yang ingin menyekat China daripada menguasai seluruh ekonomi di Asia.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat