PM Sepanyol Berhadapan Krisis Selepas Rusuhan Di Catalonia

1,127

Pedana Menteri Spain Mariano Rajoy berhadapan degan krisis politik terbesar sepanjang beberapa dekad selepas meletusnya pemberontakan yang mengusulkan kemerdekaan bagi Catalonia dan penarikan diri daripada Sepanyol sejak awal minggu ini.

Berdasarkan laporan tidak rasmi, 90% pengundi memilih untuk keluar dari Sepanyol, secara tidak langsung hal ini telah meletakkan penentangan kepada Madrid dan bandar sekitarnya.

Menurut akhbar Catalan La Vanguardia, situasi ini boleh bertambah buruk, ditambah pula sebanyak 840 orang cendera dalam rusuhan tersebut.

Catalonia merupakan bandar tumpuan pelancong dan menyumbang 20% kepada ekonomi Sepanyol secara keseluruhan. Dalam masa yang sama, Catolonia merupakan pengeluar barangan untuk negara-negara besar, dari Volkswagen sehinggalah ke Nestle, dan merupakan bandar yang mencatat pertumbuhan terbesar dalam sektor pelabuhan.

Pemimpin daerah Catalonia, Carles Puigdemont mengeluarkan kenyataan pada hari Ahad semalam, bahawa pengundi mempunyai hak untuk menikmati kemerdekaan dan beliau berjanji akan mempersembahkan hasil undian itu dalam parlimen negeri.

Rentetan itu, matawang Euro jatuh 0.64% berbanding matawang dollar U.S pada hari ini. Indeks saham Sepanyol (IBEX) jatuh sebanyak 0.89% pada jam 4.18 petang. Selain itu, hasil bon kerajaan turut meningkat.

Walaubagaimanapun bank-bank pelaburan menjangkakan krisis ini akan selesai jika Perdana Menteri Rajoy memberi hak memerintah kepada Catalonia.

” Kami percaya risiko rusuhan itu akan menujukkan peningkatan, termasukan hasil kerusakan hasil konfrontasi tersebut dan ia dapat membawa kerusakan kepada ekonomi.” Kata Citibank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat