PM UK Boris Johnson Ancam Adakan Pilihan Raya Jika Cadangan Jadual Brexit Ditolak!

560

Perdana Menteri UK Boris Johnson beri amaran kepada ahli-ahli parlimen bahawa jika mereka mengundi untuk menolak perjanjian pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah melalui parlimen pada minggu ini maka beliau tidak akan teragak-agak untuk membatalkan undang-undang tersebut dan akan cuba mengadakan pilihan raya.

” Jika parlimen tidak mahu membenarkan Brexit terjadi dan berniat untuk menghalang rancangan beliau maka bill Brexit tersebut akan ditarik balik dan beliau akan cuba adakan pilihan raya umum.” kata Boris Johnson.

Ahli-ahli parlimen akan mengundi pada hari Selasa sama ada mereka akan mendukung perjanjian baru Brexit dengan Kesatuan Eropah pada minggu lepasa atau tidak.

Dalam masa yang sama, mereka juga akan mengundi rangka jadual cadangan kerajaan untuk meluluskan perjanjian itu di parlimen. Dalam minggu ini, usul-usul tersebut akan diperdebatkan sehingga hari terakhir untuk dapatkan kelulusan iaitu pada hari Khamis.

Menurut Johnson, Kesatuan Eropah tidak akan membuka semula perjanjian Brexit yang telah dicapai dengan UK jika penggubal undang-undang berhasrat untuk mengubahnya dengan meminda perundangan untuk meratifikasi perjanjian itu.

Disisi lain, ahli-ahli parlimen secara kerasnya mengutuk PM Johnson kerana masa yang diberikan untuk membahaskan draf undang-undang tersebut adalah terlalu singkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat