PMI Sektor Pembinaan UK Meleset Daripada Jangkaan, Tekanan Inflasi Berterusan

74

PMI sektor pembinaan UK merosot kepada 54.8 pada Jun dari 56.0 sebelum ini dan juga meleset dari jangkaan pasaran 55.

Momentum pertumbuhan semakin perlahan dalam semua komponen sektor pembinaan pada Jun. Komponen perumahan penduduk meningkat lebih banyak berbanding komponen bangunan komersil pada tempoh sama. Bacaan dalam sektor perumahan merupakan kedua tertinggi sejak Disember 2015.

Terdapat laporan penangguhan dalam perniagaan baru berikutan ketidaktentuan ekonomi dan politik. Keyakinan dalam perniagaan juga merosot ke paras terendah 2017.

Di sebalik kemerosotan itu, komponen pekerjaan terus mengukuh walaupun pertumbuhannya semakin perlahan. Bukti juga menunjukkan kekurangan dalam buruh berkemahiran dalam sektor pembinaan UK.

Walaubagaimanapun, tekanan inflasi masih berterusan dengan inflasi secara keseluruhan berada di paras tertinggi tiga bulan.

Melihat kepada sektor pembinaan, Bank of England (BoE) dilihat masih terhalang untuk menaikkan kadar faedah walaupun komen hawkish bank pusat minggu lalu menunjukkan potensi pengetatan polisi beberapa bulan akan datang. Pasaran ketika ini kurang yakin dengan pengetatan polisi berikutan trend perbelanjaan pengguna yang perlahan.

Matawang Gbp melemah selepas data ini dikeluarkan dan ketika ini Gbp/Usd susut dari 1.2958 kepada 1.2925 setakat pukul 5.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat