PMI Sektor Pembinaan UK Meleset Pada Julai

43

PMI Sektor pembinaan UK jatuh kepada 51.9 pada Julai dari 54.8 sebelum ini. Bacaan kali ini di bawah jangkaan pasaran 54.5 dan juga merupakan bacaan terendah sejak Ogos 2016.

Walaubagaimanapun, masih terdapat peningkatan dalam sektor kediaman walaupun indeks ini merekod kejatuhan ke paras terendah tiga bulan lalu di mana komponen kejuruteraan awam merekod pertumbuhan pada tempoh sama.

Kelemahan dicatat dalam sektor komersial dengan faktor ketidaktentuan politik dan ekonomi memberi impak negatif kepada tempahan dan keyakinan.

Dalam konteks ini, keyakinan perniagaan semakin lemah ke paras terendah 12 bulan lalu.

Komponen pekerjaan pula meningkat pada kadar terendah sejak 11 bulan di mana terdapat kejatuhan dalam penggunaan sub-kontraktor.

Apabila dilihat dalam komponen kos, kejatuhan Sterling masih memberikan impak signifikan kepada tekanan kos input seterusnya dijangka terus memberi kesan kepada inflasi.

Data sektor pembuatan sebelum ini lebih baik dari jangkaan yang meningkat kepada 55.1 dari 54.2 sebelum ini. Pasaran akan terus memberi perhatian kepada data sektor perkhidmatan yang akan dikeluarkan pada Khamis.

Sterling sedikit lemah selepas data ini dikeluarkan dengan impak yang terhad menjelang pengumuman polisi monetari Bank of England pada Khamis pukul 7 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat