PMI Sektor Pembuatan US Sedikit Meleset Dari Jangkaan

49

Indeks sektor pembuatan Amerika Syarikat jatuh kepada 56.3 pada Julai dari 57.8 sebelum ini dan bacaan kali ini sedikit di bawah jangkaan pasaran.

15 dari 18 komponen sektor pembuatan merekod pertumbuhan pada bulan Julai.

Komponen tempahan baru jatuh kepada 60.4 dari 63.5 sebelum ini, tetapi ia masih lagi dilihat bacaan yang kukuh di mana indeks pengeluaran jatuh kepada 60.6 dari 62.4 sebelum ini.

Tempahan yang belum dipenuhi merekod prestasi perlahan dan peningkatan dalam komponen penghantaran turut berkurangan pada tempoh sama.

Komponen pekerjaan pula merosot kepada 55.2 dari 57.2 dan ini akan menjadi isyarat kepada data NFP pada Jumaat.

Dalam komponen harga, bacaan meningkat kepada kepada 62.0 dari 55 yang mana jauh di atas jangkaan.

Data secara keseluruhan menunjukkan pengukuhan pertumbuhan dalam sektor pembuatan walaupun ada beberapa komponen yang memberi sedikit keraguan kepada data NFP pada Jumaat. Dari segi jangkaan normalisasi, komponen harga menyokong kepada potensi pengetatan kadar dalam beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat