PMI Sektor Perkhidmatan Amerika Syarikat Meleset Daripada Jangkaan

1,158

Matawang US dollar jatuh selepas data PMI sektor perkhidmatan meleset daripada jangkaan khususnya USD/JPY. Kenapa data ini penting? Sektor perkhidmatan atau sektor bukan pembuatan adalah sektor ekonomi terbesar di Amerika Syarikat yang banyak menyumbang kepada ekonomi.

Salah satu daripada komponen indeks ini yang menjadi tumpuan adalah indeks pekerjaan yang merekodkan kejatuhan. Data ini penting untuk dilihat menjelang pengumuman data penting NFP pada Jumaat.

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan Amerika Syarikat jatuh pada bulan lalu dan meleset daripada jangkaan pasaran.

Bacaan indeks ISM non-manufacturing PMI (sektor perkhidmatan) jatuh ke paras 56.8 daripada 58.8 sebelum ini. Jangkaan untuk data kali ini adalah 58.1.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkembang dan sebaliknya di bawah 50 menggambarkan aktiviti ekonomi yang merosot.

Indeks aktiviti perniagaan jatuh kepada 59.1 bulan lalu berbanding 60.6 pada Mac.

Indeks tempahan baru pula merekod bacaan 60 naik daripada 59.5 sebelum ini.

Indeks pekerjaan jatuh kepada 53.6 bulan lalu dari 56.6 sebelum ini.

Indeks harga pula naik kepada 61.8 dari 61.5 sebelum ini.

“Ketegangan perdagangan memberi impak kepada pembelian keluli dan menyebabkan pembekal bimbang terhadap kemerosotan pembelian pada tahun ini dan di masa hadapan,” kata wakil daripada industri pembinaan.

Walaupun dengan data yang kurang memberangsangkan, ekonomi Amerika Syarikat masih lagi berada dalam keadaan yang baik, sebab itu Federal Reserve memberi isyarat akan terus menaikkan kadar faedah di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat