PMI Sektor Perkhidmatan UK Mengukuh Kepada 53.8

63

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan UK semakin meningkat pada Julai melebihi daripada jangkaan. Bacaan kali ini melonjakkan keyakinan terhadap ekonomi British di mana sektor perkhidmatan mewakili 80% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Markit melaporkan indeks PMI sektor perkhidmatan meningkat kepada 53.8 berbanding bacaan yang dicatat sebelum ini 53.4.

Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah 53.6. di mana jika bacaan berada di atas paras 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang semakin meningkat dan begitu juga sebaliknya jika bacaan di bawah 50.

Komponen tempahan perlahan di mana ekonomi terdedah dengan ketidaktentuan politik. Keyakinan dalam perniagaan turut mendapat kesan daripada Brexit apabila jatuh ke paras terendah empat tahun lalu.

Komponen pekerjaan terus merekod pengukuhan seperti sebelum ini.

Terdapat juga pemulihan oleh indeks harga selepas jatuh ke paras terendah 11 bulan lalu yang akan menjadi perhatian bank pusat.

GBPUSD melonjak selepas data ini dikeluarkan, naik sehingga hampir 50 pip setakat pukul 4.56 petang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat