PMI Sektor Perkhidmatan Zon-Eropah Ke Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu

37

Indeks PMI sektor perkhidmatan Zon Eropah naik ke paras 56.4 pada April berbanding 56.2 sebelum ini. Bacaan kali ini juga melebihi jangkaan 56.2.

Bacaan keluaran komposit meningkat ke paras 56.8 dari 56.7 dan kedua-dua indeks perkhidmatan dan komposit berada di paras tertinggi sejak enam tahun lalu.

Dalam sektor perkhidmatan, komponen perniagaan baru terus kukuh walaupun jatuh sedikit sepanjang tiga bulan terakhir ini.

Pengahasilan pekerjaan juga kukuh di mana kali ini merupakan salah satu kenaikan tertinggi dalam komponen pekerjaan sejak 9 tahun lalu.

Komponen kos input semakin perlahan ke paras terendah tiga bulan lalu walaupun terdapat tekanan ke atas kepada harga keluaran.

Bagi indeks komposit, keyakinan keseluruhan dalam perniagaan kekal tinggi di mana kenaikan dalam harga purata jualan masih hampir di paras tertinggi enam tahun lalu

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit pergerakan perlahan dalam pertumbuhan di Jerman dan Perancis. Sebaliknya Itali rekod kenaikan yang hampir ke paras tertinggi 10 tahun lalu.

Kemajuan dalam ekonomi akan meningkatkan lagi keyakinan dalam ekonomi Zon Eropah dengan ECB sudah tentu lebih yakin untuk mengubah sedikit panduan pada mesyuarat Jun.

Data secara keseluruhan mengekalkan keyakinan dalam Zon Eropah yang mana spekulasi terhadap perubahan polisi monetari ECB pada Jun dijangka meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat