Polisi Monetari Memerlukan Polisi Fiskal Untuk Mengekalkan Pertumbuhan Jangka Panjang.

60

Rizab Persekutuan cawangan New York, William Dudley memberikan isyarat bahawa dia menyokong kenaikan kadar dari masa ke semasa berikutan ekonomi yang semakin mengukuh. Dalam masa yang sama mengingatkan polisi monetari memerlukan polisi fiskal untuk mengekalkan prospek pertumbuhan dalam jangka masa panjang.

William Dudley mengatakan, “Dengan andaian ekonomi kekal mengukuh, saya menyarankan supaya polisi monetari diketatkan dari masa ke semasa secara berperingkat untuk menolak kadar faedah jangka-pendek”. Federal Open Market Committee (FOMC) akan bermesyuarat pada 13-14 November ini bagi penetapan kadar Fed Fund Rate.

Ketika ini ekonomi US sedang bergerak positif dan semakin menghampiri sasaran gunatenaga penuh (full-employment) dan 2 peratus inflasi. Dudley juga berpendapat US berhadapan cabaran jangka panjang dan mengesyorkan pembuat polisi fiskal memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi.

Dudley juga mengatakan adalah penting bagi US mengekalkan kapasiti fiskal yang mencukupi yang mampu menyokong ekonomi apabila kitaran ekonomi kemelesetan wujud di masa depan.

Walaupun beliau memberi amaran ini, secara keseluruhannya beliau masih yakin dengan keadaan semasa ekonomi dan mengatakan pertambahan pekerjaan adalah kukuh, perbelanjaan peribadi telah memandu pertumbuhan, dan upah semakin meningkat.

Pasaran kewangan akhir-akhir ini juga semakin ketat secara sederhana sejak pilihanraya berikutan jangkaan kepada pengembangan polisi fiskal dan juga pengetatan polisi monetari The Fed.

Walaubagaimanapun, dalam komen beliau masih terdapat ketidaktentuan dalam polisi fiskal dalam beberapa tahun ke hadapan dan adalah sukar untuk membuat ramalan dalam hal ini kerana masih terlalu awal.

 

Komen Fischer Ini Menambahkan Lagi Sentimen Positif Ekonomi US

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat