Polygon (Matic) Kekalkan Momentum Meroket Lebih 200%!

440

Situasi ‘bubbles’ atau gelembung pasaran matawang kripto terus mendapat perhatian pada tahun 2021 apabila kebanyakan kripto telah membuat kenaikan melebihi 500%.

Menjadi tumpuan pada bulan Mei apabila memberi kejutan kepada pelabur kripto dengan kejatuhan mendadak setelah China membuat larangan penggunaan matawang kripto di negara tersebut.

Tetapi bukan untuk Polygon (MATIC) apabila ia terus mencuri perhatian para pelabur kerana mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan dominasi Bitcoin untuk mengawal pergerakannya.

Mark Cuban, pemilik Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) Dallas Mavericks , kini telah menyokong Polygon menjadi sebahagian daripada portfolio syarikat beliau.

Baru-baru ini, ketika Elon Musk memutuskan untuk berhenti menerima Bitcoin (BTC) disebabkan masalah persekitaran, sebaliknya bagi Mark Cuban, Dallas Mavericks masih lagi menerima dan akan meneruskan penggunaan mata wang digital sebagai pembayaran.

Melihat kepada carta pergerakan harga MATIC/USDT, harga terus membuat kenaikan melebihi 200% pada permulaan dagangan minggu ini.

Pergerakan harga pada dagangan semalam kelihatan harga terus membuat kenaikan melepasi zon RBS (resistance become support) sekitar $1.40 – $1.70 sehingga ke paras resistance $2.10.

Namun pada dagangan hari ini, harga MATIC membuat sedikit penurunan untuk kembali menguji paras $2.10. Sekiranya harga MATIC berjaya mengekalkan trend bullish, paras resistance $2.60 yang merupakan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) sebelum ini bakal diuji semula.

Paras ATH $2.60 tersebut bakal menjadi perhatian sebelum pergerakan harga terus membuat ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru.

Jika harga tidak berjaya untuk mengekalkan rentak kenaikan, zon RBS (resistance become support) sekitar $1.40 – $1.70 bakal diuji semula.

Lihat gambar carta matawang kripto MATIC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat