Potensi 120 Pips Kenaikan Pada GBP/USD Jika Berjaya Tembusi Resistance 1.31200

659

Pound Sterling mempunyai peluang untuk mengukuh dalam masa terdekat ini didorong oleh faktor penangguhan tarikh akhir Brexit yang dilanjutkan sehingga enam bulan selepas mendapat persetujuan pemimpin Kesatuan Eropah ketika persidangan pada minggu lalu.

Penganalisis pasaran melihat risiko terhadap situasi Brexit tanpa sebarang perjanjian semakin berkurangan dan Perdana Menteri Theresa May perlu bijak menggunakan peluang tempoh masa penangguhan yang diberikan untuk alternatif Brexit yang meyakinkan semua pihak.

Dalam pada itu, dagangan GBP akan mengambil peluang ini untuk mengukuh dalam pasaran semasa khususnya berbanding dolar Amerika yang sedang mengalami masalah untuk mengekalkan pengukuhannya.

Sesi dagangan pada penghujung minggu lalu menyaksikan USD didagangkan lemah terkesan oleh sentimen pasaran yang semakin pulih dan meningkatkan keyakinan pelabur untuk beralih ke aset yang lebih berisiko.

Ini adalah disebabkan data ekonomi di China yang mengukuh di mana kadar eksport pada data imbangan dagangan mencatatkan bacaan yang memberangsangkan. Pelabur melihat kestabilan pada ekonomi di China semakin meningkat dan ini telah memberi kesan terhadap dagangan safe-haven terutamanya USD dan Yen dalam pasaran.

Jika dilihat pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/USD, harga menguji paras resistance 1.31200 sepanjang minggu lalu namun gagal melepasi ke paras yang lebih tinggi. Begitu juga pada dagangan Jumaat lalu di mana harga yang menguji paras 1.31200 kemudiannya kembali membuat penurunan semula ke paras 1.30700.

Bersambung pada dagangan permulaan minggu ini, harga membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.3082 hari ini sebelum kembali turun menyentuh semula paras tersebut.

Awal sesi pasaran Eropah melihatkan harga cuba untuk membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 1.3115 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga berjaya membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance 1.31200 minggu lalu, kenaikan harga berkemungkinan mampu mencapai ke paras ketinggian pada resistance 1.3200 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line dengan 120 pips kenaikan dicatatkan dari paras Magic Pivot hari ini.

Namun jika harga dilihat membuat penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan menguji zon tumpuan pada 1.3000 yang juga merupakan paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Penurunan ke paras tersebut bakal mencatatkan 80 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan anda.

Paras support: 1.3031, 1.2997, 1.3946.

Paras resistance: 1.3115, 1.3166, 1.3200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat