Potensi 130 Pips Pergerakan Harga Pada USD/CAD Menjelang Data Ekonomi Penting Kanada

709

Matawang komoditi dolar Kanada pada dagangan Khamis lemah berikutan kejatuhan harga minyak mentah dan juga peningkatan semula dagangan USD yang lemah sebelum ini.

Kadar dagangan borong di Kanada meningkat kepada 0.6% pada Januari berbanding Disember dengan peningkatan ditunjukkan pada jualan mesin jentera, peralatan dan bekalan subsektor berdasarkan laporan Jabatan Statistik Kanada.

Dalam laporan berasingan, data pekerjaan ADP Kanada mencatatkan pertambahan 36,200 pekerjaan pada Februari diungguli oleh sektor perkhidmatan perniagaan dan profesional.

Untuk dagangan hari ini, tumpuan pelabur akan terarah kepada data indeks harga pengguna yang mengukur kadar inflasi di Kanada pada jma 8.30 malam. Angka bacaan dijangka meningkat kepada 0.6% untuk bula Februari berbanding 0.1% pada bacaan sebelunmnya.

Turut dikeluarkan bersama adalah data jualan runcit di Kanada yang turut dijangka mencatatkan angka yang meningkat pada bacaan kali ini.

Berbanding dagangan USD, CAD terus diberi tekanan selepas USD kembali untuk pulih semula daripada kejatuhan susulan mesyuarat FOMC semalam. Dagangan pada chart pasangan matawang USD/CAD kembali menunjukkan kenaikan sekitar 120 pips pergerakan harga direkodkan semalam.

Harga yang naik melepasi paras Magic Pivot semalam telah mencapai paras ketinggian sekitar paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line mengatasi paras resistance 1.33600 yang diuji beberapa kali sebelum ini.

Dagangan hari ini perlahan menantikan data ekonomi Kanada pada sesi New York malam nanti dan jika CAD terus lemah, harga berpotensi ditolak naik lebih tinggi sehingga ke paras resistance 1.3470 (MagicR2) untuk harga menguji zon ketinggian harga yang dicapai pada awal bulan ini sekaligus mencatatkan sekitar 100 pips kenaikan.

Namun, jika kekuatan Loonie berjaya mengatasi dagangan USD, harga bakal membuat penurunan semula dan destinasi tumpuan yang dijangkakan adalah sekitar support 1.32300 untuk harga mencecah paras terendah semasa yang baru pada USD/CAD. Penurunan tersebut boleh mencapai sekitar 130 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan posisi terbaik dagangan USD/CAD anda.

Paras support: 1.3291, 1.3221, 1.3166.

Paras resistance: 1.3416, 1.3470, 1.3540.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat