Potensi 80 Pips Penurunan Pada Carta USD/CAD Hari Ini?

389

Pelabur mula berwaspada pada dagangan Jumaat berikutan terdapat laporan serangan letupan ke atas lapangan terbang di Baghdad oleh Amerika Syarikat (AS).

Amerika Syarikat menyatakan serangan tersebut bertujuan sebagai tindakan pertahanan melindungi anggota tentera AS di luar negara.

Majlis Keselamatan Negara Iran bakal bermesyuarat membincangkan tindakan yang akan diambil sebagai tindak balas serangan udara tersebut.

Ketegangan politik AS-Iran ini menjadi faktor kenaikan harga minyak mentah berikutan kebimbangan terhadap bekalan yang akan terjejas.

Matawang dolar Kanada mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran di atas dorongan faktor berikut. Terdahulu, dolar Kanada telah mempamerkan pengukuhan berbanding US dolar untuk menutup dagangan 2019 ke paras terendah sepanjang tahun pada hari terakhir iaitu Selasa lalu.

Harga pada carta USD/CAD telah mencecah paras 1.29500. Namun pergerakan harga mula mendatar pada permulaan dagangan tahun 2020.

Tetapi harga masih berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan isyarat trend masih bearish.

Dari sudut pandangan teknikal, harga telah menguji MA50 namun gagal melepasi garisan tersebut dan candlestick pattern menunjukkan terbentuk shooting star dan juga bearish engulfing pattern.

Begitu juga chart pattern menunjukkan terbentuknya corak descending triangle yang bakal memberikan isyarat penurunan harga.

Jika penurunan harga terus berlaku, harga berkemungkinan menuju ke paras support 1.29000 dengan tambahan penurunan sekitar 80 pip lebih rendah.

Namun jika harga kembali melonjak membuat kenaikan semula, harga bakal menuju paras tumpuan sekitar 1.30200 sebelum ke paras 1.30500.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon SBR (support become resistance) pada 1.31000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat