Potensi Bullish Buat GBP/USD Jika BOE Pun Nak Naikkan Kadar 50 Mata Asas

249

Berikutan prestasi buruk yang dipamerkan oleh mata wang US dolar sejak dagangan awal minggu telah membuka ruang kepada mata wang utama yang lain termasuk Pound untuk meneruskan pengukuhan sehingga semalam.

Indeks dolar yang menyusut lebih rendah ke paras 107.00 pada sesi dagangan Eropah semalam telah membuatkan US dolar kekal meneruskan penyusutan yang lebih rendah selain pergerakan saham AS yang positif menambah tekanan terhadap US dolar.

Mata wang Pound pamerkan pergerakan yang positif semalam menerima tempias pengukuhan Euro selepas laporan bank pusat Eropah untuk meningkatkan kadar faedah lebih tinggi berbanding jangkaan sebelum ini.

Namun, sedikit menghadkan pengukuhan Pound apabila penerbitan  laporan data pekerjaan UK menunjukkan bacaan keseluruhan yang agak suram. Selepas ini, tumpuan pelabur akan tertumpu pula untuk tebitan data inflasi tahunan UK pada sesi Eropah sebentar lagi.

Terdapat laporan juga bahawa Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Baily menyokong untuk kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat terbaru disebabkan oleh risiko inflasi yang dilihat kini berada pada 9.1%. Ini menjadi faktor tambahan untuk menyokong pengukuhan Pound menjelang mesyuarat polisi di awal Ogos nanti.

Memerhatikan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga berjaya meneruskan peningkatan semalam walaupun kadar kenaikan berbanding awal minggu sedikit berkurang dengan kenaikan harian semalam dicatatkan sekitar 120 pips.

Selepas mencatatkan paras ketinggian terbaru hampir menyentuh paras 1.20500, harga dilihat menyusut semula pada penghujung sesi New York untuk berlegar perlahan di zon 1.2000 sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi Rabu ini.

Penganalisis menilai pergerakan harga masih lagi bergerak pada trend bullish dengan harga kekal bergerak diatas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD selepas harga tembusi paras tersebut di penghujung minggu lalu.

Sekiranya harga berjaya mengekalkan pergerakan di atas paras 1.20000, berkemungkinan kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk mengatasi paras ketinggian dicapai semalam untuk catatkan paras tertinggi mingguan terbaru.

Kenaikan yang lebih tinggi dijangka bakal menguji rintangan pada 1.21000 sebelum harga seterusnya mensasarkan pada zon 1.22000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru dalam tempoh dagangan 3 minggu pada pergerakan trend bullish yang dikekalkan.

Sebaliknya jika harga gagal untuk mengekalkan momentum positif tersebut, pelabur perlu bersedia untuk menyaksikan penurunan lebih rendah harga semula sekiranya harga mula bergerak susut di bawah paras sokongan MA50 dan dilihat bakal menguji paras 1.19400.

Harga yang meneruskan penurunan lebih lanjut akan menguji pula paras tumpuan sekitar 1.18800 sebelum sasaran untuk kembali meuju ke zon support 1.18000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat