Potensi Kenaikan Harga Komoditi Hitam Terus Dibayangi Stok Amerika

62

Harga minyak mentah meneruskan pergerakan volatility (turun-naik) dalam sesi Asia pada Khamis selepas membuat kenaikan dan penurunan dalam tiga hari pertama minggu ini. Harga minyak mentah susut pada Rabu selepas kenaikan stok minyak yang mengejutkan di US.

Menurut Pengurusan Informasi Tenaga (EIA) stok minyak di US yang berakhir pada 10 Februari merekodkan penambahan 9.5 juta tong hampir tiga kali ganda dari jangkaan pasaran. Selepas kenaikan yang begitu banyak dalam beberapa minggu berturut-turut, stok US ketika ini di paras 518.12 juta tong.

Walaupun jumlah bekalan di US semakin meningkat, harga minyak hanya jatuh sedikit berikutan pemotongan bekalan yang agak besar oleh OPEC dan non-OPEC.

Harga minyak mentah dunia telah didagang melebihi $50 setong sejak awal tahun ini. Harga minyak dijangka akan berada dalam julat yang kecil beberapa hari lagi dengan kebimbangan kenaikan stok di US yang berterusan.

Pengeluar antarabangsa dan domestik kini melihat peluang pasaran minyak di US dengan Chevron, Exxon, dan beberapa lagi pengeluar multinasional untuk melipat gandakan pelaburan mereka di US.

Ditambah lagi nilai US dolar yang semakin menguat dengan jangkaan kenaikan kadar oleh The Fed memberi tekanan kepada US dolar untuk naik. Walaubagaimanapun, kenaikan stok dari US dijangka tidak akan mengganggu kesan dari pemotongan bekalan oleh OPEC dan Non-OPEC.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat