Potensi Kripto Hedera (HBAR) Meningkat, Syarikat Teknologi Ini Puncanya!

126

“HBAR ni cepat je kumpulkan syarikat hebat untuk bantu kembangkan lagi rangkaiannya.”

Hedera (HBAR) Governing Council yang terdiri daripada pelbagai syarikat gergasi seperti Boeing, IBM, Google, LG dan Ubisoft kini menyertakan syarikat teknologi multinasional Dell sebagai ahli ke-28 mereka untuk mentadbir rangkaian aset digital itu.

Dell yang akan berganding bahu dengan pasukan HBAR berperanan untuk membina aplikasi decentralized (DApps) di samping dapat laksanakan nod aset digital tersebut sendiri.

Menurut John Roese, Ketua Pegawai Teknologi Global (CTO) Dell berkata bahawa kerjasama ini dapat memberi peluang kepada syarikatnya untuk berkembang melalui teknologi distributed ledger*.

*Sistem digital untuk merekod urus niaga aset, di mana urus niaga dan butirannya direkodkan

Bukan itu sahaja, Dell juga dapat bantu syarikat lain yang ingin bangunkan Projek Alvarium, iaitu Data Confidence Fabric bertujuan untuk menghasilkan data lebih efisien dan dipercayai supaya tiada berlaku sebarang penipuan.

Suka dimaklumkan bahawa Dell telah meneroka mata wang kripto dan blockchain hampir sedekad dan syarikatnya didapati memeterai perjanjian bersama Coinbase pada 2014 untuk benarkan pelanggan membuat pembayaran melalui Bitcoin (BTC).

Antara objektif utama HBAR adalah untuk mewujudkan rangkaian yang selamat, di mana syarikat terkemuka akan tertarik untuk membina rangkaian aset digital tersebut pada perkhidmatan mereka.

Setakat penulisan ini, harga HBAR melonjak sebanyak 8.29% mencapai paras $0.0744 dalam tempoh 24 jam terakhir sejurus selepas terdapat perkembangan baharu tentang aset digital itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat