Potensi Penurunan 100 Pips Pada USD/JPY Jika Sentimen Pasaran Kekal Berisiko

443

Pasangan matawang safe-haven USD/JPY sering menjadi tumpuan dalam suasana sentimen pasaran yang berisiko. Ini adalah disebabkan sentimen pasaran mempengaruhi kecenderungan arah pergerakan harga terutamanya Yen.

Yen sebelum ini didagangkan berisiko ekoran penutupan selama 10 hari pasaran Asia sempena cuti “Golden Week” pada minggu lalu sebelum kembali dibuka semula pada minggu ini.

Laporan terbaru berkenaan ancaman Presiden Donald Trump untuk menaikkan kadar tarif terhadap barangan import China bernilai $200 bilion dilihat akan kembali meningkatkan semula ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Konflik akan kembali timbul dan menjejaskan proses rundingan dagang yang sepatutnya dijadualkan akan berlangsung pada minggu ini di Washington. Timbalan Presiden China, Liu He turut dilaporkan akan membatalkan lawatannya untuk meneruskan rundingan dagang.

Berita tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam pasaran dan memberi kesan terhadap pergerakan harga dan dapat dilihat sebaik sahaja pasaran dibuka pada sesi Asia semalam. Terdapat jarak perbezaan harga dibuka yang ketara termasuk pada chart USD/JPY.

Pergerakan harga pada USD/JPY semalam ditekan ke paras rendah ekoran permintaan yang meningkat terhadap matawang Yen sebagai matawang berstatus safe-haven. Harga mencecah ke paras terendah sekitar support 110.300 sebelum kembali membuat kenaikan semula.

Dagangan hari ini juga dilihat agak mendatar berbanding semalam dengan pergerakan harga menguji paras Magic Pivot 110.663 hari ini sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan, harga akan kembali menguji paras terendah yang dicecah semalam sebelum cuba untuk meneruskan penurunan ke paras support 109.985 (MagicS2).

Penurunan lebih rendah harga berkemungkinan akan menjadikan paras support 109.685 (MagicS3) sebagai destinasi tumpuan harga seterusnya untuk mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada USD/JPY dengan penurunan mencapai sekitar 100 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga dilihat akan cuba untuk menguji  resistance pada 110.900 sebelum meneruskan kenaikan ke zon SBR (support become resistance) pada 111.200.

Kenaikan lebih tinggi harga berkemungkinan menguji zon SBR yang seterusnya di paras 111.800 juga berhampiran paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 110.363, 109.985, 109.685.

Paras resistance: 111.041, 111.341, 111.719.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat