Potensi Penurunan Harga Pada AUD/JPY Setelah RBA Kekalkan Kadar Faedah

551

Tumpuan pasaran pada sesi pasaran Asia pagi ini adalah kepada penetapan kadar faedah pada mesyuarat polisi bank pusat Australia sebentar tadi. Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% tidak berubah seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Dengan keputusan tersebut, dagangan Aussie dijangka akan bergerak lemah di tambah pula dengan faktor sentimen pasaran semasa yang tidak menyokong untuk Aussie terus mengukuh.

Dengan jangkaan dolar AUD yang lemah, Yen sebagai matawang safe-haven yang mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang tidak menentu adalah dilihat antara kombinasi pasangan matawang yang menarik buat AUD.

Namun, perlu dititikberatkan juga faktor fundamental di mana bank pusat Jepun yang ingin terus mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/JPY, harga mula menunjukkan corak pergerakan yang menurun sejak semalam. Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga memulakan dagangan di bawah paras Magic Pivot 79.253 dan menguji paras tersebut beberapa kali.

Harga masih gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot tersebut dan dengan keputusan penetepan kadar oleh RBA sebentar tadi mendorong harga untuk meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Harga boleh mencecah penurunan sehingga 90 pips dari paras Magic Pivot ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan harga akan kembali menguji zon resistance sebelum ini di paras resistance 79.773 (MagicR2) dan pasaran akan menunggu reaksi harag pada paras tersebut.

Lihat gambar chart AUD/JPY di bawah untuk rujukan perbandingan pada analisis teknikal anda. Beri tumpuan juga pada paras penting yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 78.955, 78.733, 78.435.

Paras resistance: 79.475, 79.773, 79.995.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat