Potensi Sehingga 200 PIPS Pergerakan Harga Pada USD/CAD Menjelang Laporan Pekerjaan AS dan Kanada

1,152

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat telah membuat kenaikan lebih 200 pips dari paras support 1.31200 sehingga ke paras ketinggian semasa pada resistance 1.34400.

Dagangan dolar CAD pada minggu ini merosot dengan merekodkan penurunan hampir setiap hari berbanding matawang utama yang lain. Antara yang menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini untuk Loonie adalah terhadap penetapan kadar faedah oleh bank pusat Kanada dalam mesyuarat polisi semalam.

Bank of Canada (BoC) seperti yang dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% kekal tidak berubah sejak Disember 2008. Ahli mesyuarat mengatakan bahawa mereka akan melihat secara lebih terperinci dalam perkembangan pada perbelanjaan isi rumah, pasaran minyak mentah serta polisi perdagangan global yang masih menyukarkan langkah kenaikan kadar untuk masa yang akan datang.

Loonie terus dibebankan lagi oleh data Ivey PMI yang meninjau keyakinan perniagaan di Kanada untuk bulan Februari apabila mencatatkan penurunan kepada 50.6 mata lebih rendah daripada bacaan 54.7 mata sebelum ini dan juga meleset dari jangkaan kenaikan 55.1 mata oleh pasaran.

Susulan bacaan data tersebut yang dikeluarkan semalam telah melemahkan lagi dagangan CAD dan memberi peluang untuk USD terus melonjakkan harga pada chart USD/CAD sehingga ke paras resistance 1.34400.

Dagangan USD/CAD sejak sesi pasaran Asia hari ini dilihat mendatar dengan pergerakan harga sangat perlahan meniti di paras resistance 1.34400 yang dicapai semalam.

Kedua-dua matawang Greenback dan Loonie ini dijangka akan terus bergerak lemah sementara pelabur menantikan laporan data pekerjaan untuk kedua-dua negara tersebut. Kedua-dua laporan pekerjaan akan dikeluarkan bersama pada jam 9.30 malam esok dan pelabur bakal bersiap sedia untuk menyaksikan pergerakan volatile harga sebelum dagangan minggu ini menutup tirainya.

Jika harga terus melonjak ke paras lebih tinggi, harga boleh mencapai paras ketinggian yang baru ke paras resistance 1.3589 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line dengan mencatatkan sekitar 150 pips kenaikan harga.

Namun, jika harga gagal melepasi paras resistance 1.34400 hari ini, jangkaan penurunan harga berkemungkinan akan turun menguji paras RBS (resistance become support) pada 1.33300 atau lebih rendah lagi ke paras 1.32300 sekaligus merekodkan 200 pips kejatuhan harga pada USD/CAD.

Lihat chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Beri tumpuan juga pada paras support dan resistance yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line yang menjadi tarikan harga ke paras-paras tersebut.

Paras support: 1.3369, 1.3304, 1.3260.

Paras resistance: 1.3479, 1.3523, 1.3589.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat