Potensi Sehingga 90 Pips Pergerakan Harga Pada Dagangan AUD/USD

371

Pelabur pada sesi pasaran Asia hari ini memberi tumpuan terhadap dagangan matawang komoditi dolar AUD di mana laporan data pekerjaan Australia dikeluarkan.

Kadar pertambahan pekerjaan di Australia pada Mac meningkat lebih tinggi pada jumlah 25,700 pekerjaan berbanding jangkaan kenaikan 15,000 daripada bacaan 10,700 pertambahan pada bulan Februari yang telah dikemaskini semula.

Secara lebih terperinci, kadar pertambahan pekerjaan sepenuh masa melonjak tinggi pada kadar 48,300 mengatasi bacaan penurunan -7,300 pada bulan sebelumnya.

Sementara kadar pertambahan pekerjaan sambilan atau separuh masa pula menurun kepada -22,600 berbanding pertambahan 11,900 pada bulan sebelumnya.

Data tersebut menjadi faktor melonjakkan dagangan Aussie sebelum harga kembali membuat penurunan semula.

Penurunan tersebut dipercayai disebabkan oleh kadar pengangguran di Australia yang mencatatkan kenaikan pada kadar 5.0% untuk bulan Mac seperti yang telah dijangkakan dan telah meningkat daripada bacaan 4.9% untuk bulan Februari.

Bacaan data ini akan diteliti oleh bank pusat untuk penentuan dasar monetari sementara tumpuan seterusnya akan terarah pula kepada data inflasi Australia pada minggu hadapan.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam, harga telah melonjak ke paras ketinggian baru pada resistance 0.72000 berikutan pengukuhan Aussie yang didorong oleh data ekonomi China yang positif.

Namun harga kembali membuat penurunan semula ke sekitar paras permulaan lonjakan harga tersebut sebelum harga bergerak perlahan sehingga menutup dagangan sesi New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, pergerakan volatile harga pada awal sesi adalah berikutan laporan data pekerjaan Australia namun bacaan data agak bercampur-campur dan harga bergerak di sekitar paras Magic Pivot 0.7179 hari ini.

Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian pada resistance 0.7200 semalam bakal ditembusi harga sebelum harga mencari paras ketinggian baru berkemungkinan mencapai ke paras sekitar resistance 0.7258 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Kenaikan tersebut juga bakal mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras tumpuan pada 0.71300 yang berada pada zon RBS (resistance become support) akan cuba diuji harga.

Penurunan lebih rendah dijangka akan ke paras sekitar support 0.70900 berhampiran paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line. Penurunan tersebut juga boleh mencecah sehingga 90 pips pergerakan harga pada chart AUD/USD.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras-paras penting yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk digunapakai sebagai paras support dan resistance.

Paras support: 0.7152, 0.7126, 0.7099.

Paras resistance: 0.7205, 0.7232, 0.7258.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat