‘Potong Tang Corner’, Pasaran Ekuiti Akhirnya Raih Keuntungan

171

Rata-rata pelabur dilihat membeli di bawah (dip-buying) sebelum 2022 melabuhkan tirai untuk menyaksikan pasaran aset berisiko akhirnya memecahkan kebuntuan keuntungan.

Pencapaian itu berjaya diraih hasil lantunan pada saham pertumbuhan gergasi Amerika Syarikat (AS) dan lonjakan kadar pengangguran, mencadangkan kenaikan kadar yang lebih kecil perlu dipertimbangkan.

Ketika penutupan semalam, Dow Jones Industrial lonjak 1.05% pada 33,220.8 dengan S&P 500 canak 1.75% pada 3,849.28 dan Nasdaq Composite naik 2.59% pada 10,478.09.

Indeks STOXX 600 Eropah canak 0.68% namun keuntungannya tertahan dengan faktor sentimen negatif China berkenaan potensi lonjakan kes Covid-19 selepas pelonggaran dasar sekatannya dan tolok MSCI global raih keuntungan 1.26%.

Dagangan Asia untuk hari terakhir 2022 menyaksikan S&P/ASX 200 Australia naik 0.47%, Nikkei 225 Jepun canak 0.39% dan Topix lonjak 0.2%.

Ulas ketua strategi ekuiti U.S. Bank Wealth Management, Terry Sandven, papan indeks akhirnya bertukar hijau dengan pelabur cuba merumuskan 2022 pada nota baik sebelum menuju 2023 yang lebih optimistik.

Dalam pada itu, greenback dan hasil Perbendaharaan kehilangan sedikit rentak selepas terbitan data kadar pengangguran walaupun sentimen keseluruhan pasaran ‘mencuka’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat