Pound Ibarat Roller Coaster. Kejap Turun, Kejap Naik.

36

Pound kembali turun menyembah bumi berbanding US Dollar walaupun data UK sebelum ini menunjukkan tanda-tanda yang positif. Hal ini berikutan data ekonomi yang meyakinkan dari AS terus memberi sokongan kepada matawang terbabit.

GBP/USD mencecah 1.3112 dalam sesi pagi Eropah.

GBP/USD, 15 minit
GBP/USD, 15 minit

Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan pinjaman bersih dari sektor awam menurun sebanyak £1.47 bilion pada bulan Julai berbanding ramalan penurunan sebanyak £ 1.20. data ini juga menunjukkan peningkatan bagi bulan Jun.

Pun begitu, Dollar terus mendapat sokongan daripada data yang dikeluarkan pada Khamis yang menunjukkan data tuntutan pengangguran awal merosot.

Selain itu, streling tidak banyak berubah berbanding Euro, dengan EUR/GBP berada pada paras 0.8623.

EUR-USD Sesi Eropah 19.08
EUR/USD, 15 minit

Ada sesuatu yang anda ingin luahkan sebagai seorang trader? Hantar confession anda disini! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat