Pound Kekal Lemah, GBP/USD Teruskan Penurunan Pada Dagangan Awal Minggu

272

Matawang Pound Sterling menunjukkan penurunan pada sesi pasaran Eropah hari ini dengan tekanan terus dirasai sejak minggu lalu.

Sebelum ini, dagangan Pound terkesan oleh kebimbangan isu Brexit selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson dilihat mengambil pendekatan sukar dengan bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan Brexit sehingga penghujung tahun 2020.

Terus menambahkan lagi tekanan apabila bank pusat England dijangka bakal mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat dasar monetari terbaru.

Hal ini didorong oleh ahli MPC yang menunjukkan sokongan terhadap polisi pelonggaran susulan pandangan dovish Gabenor Mark Carney yang melihat keperluan untuk mengurangkan kadar jika pertumbuhan perlahan ekonomi berlarutan sehingga tahun 2020. Beliau bakal melepaskan jawatan pada Mac nanti.

Dapat diperhatikan trend bearish bagi pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD terus dikekalkan bersambung pada minggu ini.

Harga yang bergerak di bawah garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) telah berjaya menembusi zon support harga di paras tumpuan 1.30000. Paras tersebut juga merupakan zon SBR (support become resistance) harga sebelum ini.

Penurunan bakal menguji zon support lebih rendah di paras sekitar 1.29100 yang sebelum ini telah diuji pada dagangan Disember namun harga gagal menembusinya.

Zon support 1.28300 pula akan menjadi tumpuan harga seterusnya jika harga turun lebih rendah.

Namun sekiranya kenaikan harga kembali berlaku, zon SBR sekitar paras 1.31000 akan kembali diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya boleh kembali mencapai paras ketinggian pada 1.32000 dan resistance 1.32800 yang dicapai pada penghujung Disember lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat