Pound Kembali Agresif – EU Ada Cakap Sesuatu Ke?

504

Matawang pound melonjak tinggi pada awal sesi Eropah setelah Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier sekali lagi menegaskan komitmen untuk mencapai perjanjian perdagangan Brexit.

Barnier juga menunjukkan kesediaan EU untuk membincangkan semua subjek berdasarkan teks undang-undang dan meningkat prospek untuk menyambung semula perbincangan Brexit.

Menurut Barnier, pendirian EU terhadap Brexit tidak akan berubah dan tetap bertekad dalam mencari kompromi yang diperlukan sehingga hari terakhir perbincangan.

Pada awal sesi Eropah, pound meningkat ke paras ketinggian mingguan dengan diniagakan di sekitar paras harga 1.30475 berbanding US dolar.

Dagangan pound sterling sebelum ini mencatatkan peningkatan sederhana pada sesi Asia setelah disokong oleh US dolar yang lemah berikutan optimisme terhadap kesepakatan dalam pakej rangsangan AS dapat dicapai telah mendorong pelabur beralih kepada aset lebih berisiko.

Pelabur pada sesi Eropah telah diperlihatkan oleh data inflasi UK yang menunjukkan peningkatan pada bulan September. Bagaimanapun, dengan lonjakan kes Covid-19 dan sekatan terbaru yang dilaksanakan mungkin akan kembali menekan ekonomi UK daripada pemulihan.

Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson dilaporkan akan mengumumkan langkah sekatan baru lebih ketat di South Yorkshire untuk memasuki Tahap 3, iaitu tahap sekatan tertinggi di England.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat