Pound Kembali Kukuh, GBP/USD Melonjak Rekod Paras Ketinggian Terbaru 3 Bulan

1,315

Matawang Pound British kembali pamerkan pengukuhan semula di penghujung minggu selepas bergerak lemah pada dagangan Khamis.

Penyusutan Pound semalam dipengaruhi oleh amaran oleh bank pusat England (BOE) kepada bank-bank UK untuk bersiap sedia terhadap kemungkinan rundingan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) tidak mencapai kesepakatan.

EU dan UK menamatkan rundingan pada pertemuan terbaru tanpa keputusan jelas dan pasaran mengharapkan perkembangan yang positif pada rundingan pusingan seterusnya.

Berbanding US dolar, Pound berjaya mengukuhkan semula nilai matawang dalam pasaran dengan kenaikan dapat dilihat pada carta pasangan GBP/USD.

Harga pada mulanya membuat penurunan pada sesi Asia semalam sehingga ke paras 1.25000 di zon RBS (resistance become support).

Namun harga kembali membuat kenaikan semula pada sesi Eropah mencatatkan paras ketinggian terbaru sekitar 1.26300 pada penghujung sesi pasaran US.

Menyambung dagangan pada hari ini, harga bergerak perlahan dan mendatar pada sesi Asia sebelum membuat kenaikan lebih tinggi bersambung pada sesi Eropah.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan telah melepasi paras resistance 1.26400 yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan April lalu.

Dengan itu, harga telah mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan di carta GBP/USD dengan ketinggian semasa mencapai 1.26900 setakat jam 5.00 petang waktu tempatan.

Harga dilihat akan meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menuju paras sekitar 1.27500 yang merupakan paras support pada dagangan penghujung Februari sebelum ditembusi pada dagangan Mac.

Jika penurunan harga kembali berlaku semula, harga yang turun melepasi paras sokongan dinamik MA50 bakal menuju semula paras tumpuan 1.25000.

Seterusnya penurunan lebih rendah akan menuju pula zon RBS sekitar bawah paras 1.24000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat